Monday, 22 May 2017

Penipuan Lazada Shopee 11thStreet Gemfive Perfume Murah

Memang banyak perfume murah jual di Lazada, Shopee, 11thstreet dan website Gemfive.
Perlu hati-hati kerana semuanya adalah barangan tiruan.

Semua penjual akan kata original.
Kita kena fikir dengan logik, barangan berjenama dengan harga semurah RM70?

Alasan paling kerap kita dengar - Perfume Original Reject.
Sebenarnya tidak wujud perfume original yang reject kerana semua perfume yg rosak tidak akan dijual atau di lepaskan ke pasaran.

Dan yang pelik nya, kenapa PERFUME REJECT HANYA DI JUAL DI MALAYSIA?
Penjual di Malaysia memang licik dalam menipu.

Dulu perfume grade AAAAAA , lepas tu ada pengilang nak lawan , dia perkenalkan "Ori Dubai" perfume dan sekarang sebab dah ramai tahu ori dubai ni bukan original, mereka perkenalkan ORI REJECT PERFUME pulak.

Stok mereka bole dapat dr Plaza GM Klang semurah RM20 sebotol. Macam macam bole dapat di sana. "Tester" pon ada..dan ramai buat duit dengan menjual sebagai Ori Tester..

Jangan tertipu dengan review 5 bintang di Lazada, sbb review tu bole di buat sendiri. Bab menipu mereka memang pandai.



No comments:

Post a Comment