Ramai yang masih keliru - Original Reject ni betul ke Original?
Jawapan nya - TIDAK. Perfume yg di jual dengan nama Original Reject sebenarnya adalah tiruan atau bukan original.
Dan kebanyakkan penjual sendiri pon masih tidak tahu yg mereka telah di tipu oleh supplier perfume reject ni. Mereka sengaja menggunakan nama " Original Reject Perfume" mengaburi orang ramai. Sama juga dengan nama "Original Dubai Perfume" - yang sebenarnya bukan perfume original.
Sekarang ada pula term baru - "Original Singapore Perfume" - sama macam ori dubai perfume iaitu bukan original.
Kos bagi penjual perfume reject dan dubai ni cuma RM20 - RM25 sebotol dan mereka menjual sehingga RM90 dan ada yg sampai RM120! (untung sehingga 500% !)
So, kalau anda mahu juga membeli perfume bukan original ni, pastikan anda beli pada harga yg sesuai - dalam RM30 tu kira ok la.
Jangan terpedaya dengan cerita "amik direct dari kilang", "rosak masa shipment sebab tu tiada kotak". Ini hanya helah untuk mengaburi anda.